Sosial Korporat
Inisiatif Tanggungjawab
CINTAI . HIDUP . AKTIF
MEREKA MEMERLUKAN KASIH SAYANG & PENJAGAAN
KAMI MEMBANTU ANDA UNTUK MEMBERI PENJAGAAN YANG DIPERLUKAN!
Di Malaysia, setiap tahun sekurang-kurangnya 2000 warga tua ditinggalkan di rumah warga emas dan rumah jagaan disebabkan tekanan menjaga ibu bapa yang semakin uzur ataupun ahli keluarga tidak dapat memberikan penjagaan yang sewajarnya kerana inkontinen, demensia atau penyakit lain.
Memandangkan kebanyakan rumah jagaan bertujuan untuk memberikan kebebasan kepada warga tua untuk menjalani aktiviti riadah, peluang bersosial dan kemudahan penjagaan kesihatan yang mencukupi, bantuan daripada komuniti adalah merupakan cara terbaik untuk memastikan warga tua dapat hidup dengan selamat dan berdikari.
Lampin dewasa adalah salah satu keperluan harian di mana-mana rumah jagaan atau rumah warga emas, dengan penggunaan purata 3 helai sehari untuk pesakit yang tidak berkemampuan. Harga runcit pasaran untuk sehelai lampin adalah pada purata RM2, di mana ia merupakan kos yang agak tinggi. Untuk mengurangkan beban mereka dan memberi sokongan serta meningkatkan kualiti kehidupan warga tua yang semakin uzur, Respack telah memulakan kempen “Cintai Hidup Aktif” kami dan kempen “Sayangi warga tua, Prihatin kepada warga emas”, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat kami.
Sertai misi kami hari ini untuk berganding bahu menyokong tujuan amal ini!
Jom kita bersama-sama membawa perubahan hari ini!
BAGAIMANA IA BERFUNGSI?
Setiap ringgit yang anda sumbangi dengan murah hati adalah penting sepanjang kempen “Sayangi warga tua, Prihatin kepada warga emas”. Contohnya, sekiranya anda menderma RM200, Respack juga akan menderma RM200 dan jumlah derma RM400 ini akan digantikan
dengan 200 helai lampin.
Penderma yang menyumbang lebih daripada RM500 akan diberi pilihan untuk memilih mana-mana rumah warga emas pilihan mereka
untuk menerima sumbangan ini.
CONTOH:
DERMA DARI ANDA RM200 + DERMA DARI RESPACK
RM200 = RM400
= 200 KEPING LAMPIN